Samsung berjaya membawakan teknologi kecerdasan buatan generatif ke dalam sebahagian keluarga peranti Galaxy mereka. Apa yang menarik adalah, ia percuma digunakan dan pengguna tidak perlu melanggan apa-apa. Dalam artikel ini akan saya kongsi antara ciri kegemaran saya pada Samsung Galaxy Z Fold6 iaitu Call Assist.
Melalui Call Assist, Samsung memberikan pengguna ciri Live Translation. Ia adalah salah satu ciri penterjemahan secara langsung yang boleh dilakukan ketika panggilan telefon. Satu rahsia yang saya ingin beritahu anda, penterjemahan secara langsung untuk panggilan telefon yang terbina secara natif ini hanya ditawarkan oleh Samsung sahaja di Malaysia. Ini bermakna anda tidak memerlukan apa-apa aplikasi pihak ketiga.