BANGKOK – Seorang caddy atau pembantu pemain golf dilaporkan meninggal dunia selepas terkena petir ketika sedang bertugas pada sesi golf hujan di Bangkok, Thailand.
Bangkok Post melaporkan kejadian berlaku pada Khamis lalu di The Legacy Golf Club, Jalan Panya Indra, daerah Khlong Sam Wa, ketika empat pemain golf bersama empat caddy berada di lubang ke-17 dalam padang tersebut.