SHAH ALAM – Usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membudayakan penabungan selari dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ melalui penganjuran Kempen Cabutan Siri WOW! Merdeka 2024.
PTPTN berkata, kempen yang bermula sejak 1 Julai lalu hingga 31 Ogos depan itu menawarkan hadiah lumayan wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 kepada semua pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.