BYD merupakan satu jenama kereta elektrik yang popular di pasaran tempatan. Bermula dengan BYD Atto, Dolphin, dan tahun ini mereka telah memperkenalkan BYD Seal iaitu penawaran mereka dalam kelas sedan. Hari ini mereka mengumumkan satu lagi variasi iaitu BYD Seal Dynamic.
Jika dibandingkan dengan BYD Seal Premium dan Performance, BYD Seal Dynamic merupakan kereta versi asas dalam siri Seal, dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 61.44 kWh LFP Blade berbanding 82.56 kWh untuk Premium dan Performance. Pada kapasiti ini, versi Dynamic memberikan jarak perjalanan 510 KM NEDC dan mempunyai kelajuan pengecasan DC 110kW berbanding 150kW pada Premium dan Performance.