PUTRAJAYA – “Ibu bapa mana yang tidak marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan terutama mayat Zulfarhan Osman Zulkarnain, dikembalikan ke pangkuan untuk dikebumikan,” kata panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.
Ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan lebih tiga jam, bermula jam 9.10 pagi, Hadhariah berkata, ibu bapa Zulfarhan akan lebih kecewa, apabila mayat Pegawai Kadet Laut itu diterima dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati.