< Kembali

Buli Zara Qairina: Isu “Nama Sama” Jadi Kecoh, Rakan Sekampung Jelaskan YB Arifin Tiada Anak Nama Farisha

Dalam Negara
Mingguan Wanita
8 Hari

Buli Zara Qairina, isu “nama sama” jadi kecoh. Rakan sekampung jelaskan YB Arifin tiada anak nama Farisha. Isu buli melibatkan allahyarham Zara Qairina terus menjadi perhatian apabila isu “nama sama” terusan menarik perhatian orang ramai.

Timbul kekecohan di media sosial berhubung dakwaan seorang individu bernama Farisha atau Farisya dikaitkan dengan keluarga YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif.

Namun, seorang penulis e-book yang juga rakan sekampung kepada YB Arifin tampil memberikan penjelasan berkaitan isu ini. Malah dirinya turut berkongsi ucapan selamat hari raya dari YB Arifin pada tahun 2023 sebagai bukti yang mana nama anak YB tidak sama dengan nama pembuli seperti didakwa.

“Hari ini, banyak berita palsu yang tersebar kononnya (Farisya Maisara binti Ariffin) adalah anak kepada YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif.

“Untuk makluman semua, YB ini hanya ada dua orang anak hasil perkahwinan dengan isterinya, Datin Hajah Lenny Natasha binti Tan Sri Musa.

SOFIA RAIHANA BINTI ARIFIN

SAFA ARIFAH BINTI ARIFIN

YB ini sekampung dengan saya di Kampung Pimping, Membakut. Ejaan namanya “ARIFIN”, bukan “ARIFFIN”. Semoga penjelasan ini dapat menghentikan spekulasi dan fitnah yang tersebar dengan sangat meluas pada hari ini.

Dalam masa yang sama, teruskanlah berdoa agar kes Allahyarhamah Zara Qairina mendapat keadilan yang sewajarnya. J U S T I C E F O R Z A R A,” kongsinya di media sosial miliknya.

Semalam semasa sidang Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan siasatan polis mendapati kes kematian Allahyarham Zara Qairina sama sekali tiada kaitan dengan golongan VVIP seperti didakwa sebelum ini.

Perkara tersebut berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil sebelum ini. Semasa memberikan penjelasan berkaitan buli ini,  Saifuddin turut menyebut “nama sama sehingga binti pun sama”.

Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Rakyat bangkit memberikan tekanan mahukan keadilan buat arwah dan jelas ia membuahkan hasil bila seramai 5 pelajar akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu selain inkues menyiasat punca kematiannya akan didengar pada 3 September depan.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan