BULI siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki hamun mangsa. Ia adalah ancaman dunia maya yang nyata.
Tekanan emosi dan trauma berpanjangan sehingga sanggup mencederakan diri antara kesan negatif yang terpaksa ditempuh segelintir pengguna media sosial yang menjadi mangsa kepada buli siber.