SHAH ALAM – Tular di media sosial video seorang pemuda menunggang motosikal Yamaha RXZ bersama kanak-kanak sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.
Wan Mohd Shah Riezal Abdullah, 29, yang berniaga alat ganti motosikal RXZ berkata, rakaman itu dibuat ketika beliau bersama isteri, Yusaifaf Saludin, 28, dan anak sulungnya dalam perjalanan menghadiri program RXZ Members 7.0 di Gong Badak, Terengganu pada 21 Ogos lalu.