Sungguh malang tidak berbau. Keseronokan dalam bermain bunga api menjadi tragedi menyayat hati apabila hampir separuh badan melecur teruk disambar api. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur pada badannya dipercayai disambar api ketika bermain bunga api di Kampung Senara, Kubur Panjang, pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 10.30 malam semasa mangsa bersama dua abangnya berumur tujuh dan 10 tahun sedang bermain bunga api di hadapan rumah mereka.