KUALA SELANGOR – [DIKEMAS KINI] Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, polis percaya suspek turut terlibat bersama-sama ibu mangsa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit.