JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, mangsa ditemukan pada jam 5.10 petang oleh anggota bomba iaitu 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.