TELUK INTAN – Empat remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan suspek berusia 14 hingga 17 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada mangsa, pada Khamis.