IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya belum memasang perangkap, namun meminta orang ramai yang berada di kawasan berkenaan supaya berhati-hati.