PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin di sini berikutan terdapat penampakan buaya di sekitar kawasan itu sejak semalam.
Pengarahnya, Faizal Izham Pikri berkata, pihak Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.