LAHAD DATU – Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pemancing dalam kejadian di Sungai Matamba di kawasan ladang di Jalan Silabukan, di sini pada Khamis.
Dalam operasi sekitar jam 11.50 pagi itu, buaya sepanjang kira-kira 4.5 meter ditembak dengan lima das tembakan oleh pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) sebelum mayat Rusdi Tambah, 45, berjaya diambil dari mulut haiwan tersebut.