MELAKA – Kelibat seekor buaya dianggarkan sepanjang 1.5 meter muncul di sungai tepi sawah, Paya Luboh, Tangga Batu, di sini pada Isnin.
Kehadiran reptilia itu mula disedari sekitar jam 12 tengah hari oleh sekumpulan pemancing yang sedang menangkap ikan di tebing sungai berkenaan.