Hiasan dekorasi rumah jika kita dapat buat sendiri memang lebih jimat berganda berbanding beli yang siap pasang. Sebagai contoh cermin hiasan dinding ini. Memang puas hati hasilnya bila dapat buat sendiri. Ia mampu menjadi penyeri dinding sebagai ‘feature wall’ dan dapat memberi efek luas pada sesuatu ruang.
Alhamdulilah teringin nak ada cermin ni,tanya siap pasang boleh tahan harga nya,buat la frame sendiri. Sebab pernah tanya siap pasang harga dekat 3 kali ganda dari kos barang tu, nak menangis rasa, tu yang buat sendiri.
Nak tunggu rajin tu ambil masa juga. Cermin siap lama dah nak pasang tu ada masa betul free baru dapat buat.