PETALING JAYA – Tindakan dua pekerja penyelenggaraan pendingin udara yang tular dalam insiden kekacauan ketika pesta air Songkran di sebuah pusat beli-belah mengundang padah apabila mereka didenda masing-masing RM300 dan RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Ng Boo Sheng, 28, dan Ch’ng Jin Wei, 27, dikenakan denda tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad serta Shahril Anuar Ahmad Mustapha.