Pelakon tersohor tanah air, Bront Palarae terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand.
Bront, 47, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam filem seram The Cursed Land, arahan pengarah terkenal Thailand, Panu Aree.