Pelakon terkenal, Bront Palarae baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klag Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand baru-baru ini.
Melalui sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin (47) berkongsi khabar gembira itu dan meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih menerusi filem seram Thailand berjudul ‘The Cursed Land’ arahan pengarah Panu Aree.