Dalam dunia yang serba pantas ini, lelaki moden bukan sahaja dikehendaki hebat dalam kerjaya, malah perlu cergas secara fizikal dan tangkas dari segi mental. Jika anda masih mencari cara paling ringkas untuk mencerdaskan minda, menstabilkan emosi, dan kekal fit tanpa melabur berjam-jam di gimnasium – brisk walk adalah senjata rahsia anda.
Brisk walk atau berjalan laju ialah aktiviti berjalan dalam kadar laju sederhana hingga pantas – sekitar 5.6 hingga 6.4 km/jam. Ia tidak sama dengan berjalan santai, tetapi juga tidak setanding dengan joging. Cukup untuk membuatkan anda berpeluh tetapi masih boleh bercakap semasa berjalan.