BANDARAYA GAZA – Briged Al-Qassam, sayap tentera kumpulan Hamas pada Ahad menyiarkan video yang merakamkan detik mereka menyerahkan tiga tawanan wanita Israel kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di sini sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Video itu menunjukkan proses penyerahan dilakukan di al-Saraya Square di tengah Bandaraya Gaza yang dihadiri ratusan penduduk Palestin bersama beberapa anggota Briged Al-Qassam bertopeng.