Pelayar web Brave kini mengemaskini penawaran mereka, dan menambah salah satu ciri baharu yang menarik, iaitu “Split View”. Dengan ciri ini, pengguna boleh membuka dua laman web secara bersebelahan, dan melakukan sebarang perbandingan dengan mudah.
Untuk menggunakannya, pengguna yang menggunakan versi terkini Brave boleh klik-kanan pada tab yang diinginkan, dan seterusnya pilih “Split View”. Anda seterusnya boleh memilih untuk membuka satu lagi laman bersebelahan dengan laman web sedia ada berkenaan.