JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengenal pasti 745 lokasi ‘hotspot’ banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.
Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, berlaku peningkatan jumlah lokasi ‘hotspot’ banjir berbanding tahun lepas yang hanya merekodkan 741 kawasan berpunca daripada perubahan iklim dan cuaca.