Amerika Syarikat telah memulakan pengeluaran bom nuklear terkini mereka dengan kemampuan pemusnah sehingga 24 kali ganda bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Bom B61-13 mempunyai kemampuan meledak pada kekuatan antara 10-360 kiloton supaya ia boleh digunakan dalam pelbagai situasi strategik di medan perang.
Ia juga kini dilengkapi sirip kemudi membolehkan ia dikawal dengan lebih tepat ke sasaran berbanding bom B61 versi terdahulu yang bergantung sepenuhnya kepada graviti. Proses pemasangan dilakukan oleh Sandia National Laboratories dengan bantuan Raytheon dan Lawrence Livermore National Laboratory tujuh bulan lebih awal daripada tarikh asal.