Juara jelajah Persatuan Pemain-pemain Boling Profesional (PBA), Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam akui sedikit bergelut dengan penggunaan format Masters Qualification (MQ) di mana format tersebut memerlukan dua skor terbaik daripada beberapa cubaan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Format ini sekali gus, membuka peluang buat mana-mana pesaing untuk memintas kedudukan terbaik yang layak ke pusingan final kerana pusingan kelayakan akan berlanjutan sehingga Jumaat depan.