PUTRAJAYA – Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan pada Ahad berkata, kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang PDL yang layak.