SHAH ALAM – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) turun 25 mata perpuluhan kepada 2.75 peratus.
Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan penurunan tersebut akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini turun kepada 3 peratus dan 2.5 peratus.