BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dokumen dasar itu menetapkan keperluan bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik (EMI) selain mengekalkan keyakinan pelanggan dan peniaga untuk menggunakan atau menerima wang elektronik bagi pembayaran barangan serta perkhidmatan.