TAPAH – Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memasuki minggu terakhir, dinamik politik antara calon-calon dilihat semakin ketara.
Penganalisis politik, Dr Siti Noranizahhafizah Boyman berkata, Barisan Nasional (BN) berada dalam posisi paling stabil berbanding pesaingnya.