FILEM aksi Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut.
Bukan itu sahaja, dalam masa 20 hari tayangan dan tayangan awal, filem terbaharu arahan Syafiq Yusoff bersama Abhilash Chandra itu sudah berjaya mengutip RM62 juta dan secara tidak langsung hampir meyaingi kutipan Sheriff: Narko Integriti yang juga diarahkan Syafiq.