FILEM aksi Blood Brothers: Bara Naga meraih kutipan pecah panggung RM9.2 juta dalam tempoh dua hari tayangan termasuk pratonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, kejayaan filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu mencerminkan minat penonton yang semakin meningkat terhadap filem tempatan selepas industri perfileman terjejas dek pandemik Covid-19.