Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang mengalami gangguan elektrik sejak pukul 12.39 tengah hari tadi.
Menurut Facebook TNB Careline, gangguan ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan. Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang.