LIPIS – Kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk melaksanakan pembinaan rumah Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang berkonsepkan strata sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada kesesuaian lokasi.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan rumah PR1MA berkonsepkan strata dan bertingkat adalah disebabkan oleh sumber tanah yang sangat terhad.