Mungkin anda pernah mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba. Bagi kanak-kanak masalah ini bukanlah sesuatu yang asing malah boleh dikatakan kerap berlaku. Walau bagaimanapun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa.
Sebenarnya hidung berdarah atau istilah perubatannya, epistaksis berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering dan menghembus hidung dengan kuat.