Alangkah bertuahnya dilahirkan sebagai anak kembar. Apatah lagi kalau kembar seiras seperti isteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Haji Noh Omar ini yang memiliki tahap keserupaan yang hampir 100% sama. Bagi pasangan kembar Puan Sri Nooraisha Farizan Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar, identiti unik ini menjadi kelebihan mereka sebagai pengusaha fesyen.
Berusia 40-an dan ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Sri yang merupakan anak kelahiran Perak ini selesa menceburi bidang bisnes yang diminatinya.