KUALA SELANGOR – Enam bekas Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan dipecat, sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan mereka yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas melanggar perlembagaan parti berkenaan.