Anak kepada usahawan sensasi tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida, Qadejah El Zahra atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Cess, telah berjaya merealisasikan impiannya memiliki seutas jam tangan mewah jenama Cartier yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Cess menerusi satu hantaran video di platform TikTok, selepas ramai pengikutnya yang meminta kemas kini berkenaan pembelian tersebut. Dalam video berkenaan, remaja berusia 15 tahun itu dilihat melakukan sesi unboxing jam mewah terbabit sambil berkongsi perasaan teruja memiliki aksesori idamannya.