IPOH – Demi mencapai impian untuk memiliki zuriat, sepasang suami isteri sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk membiayai kos rawatan kesuburan.
Suri rumah, Khairul Athirah Mohd Idris, 32, berkata, walaupun dianggap masih muda, keinginan memiliki cahaya mata tinggi setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.