Untung Aliff Aziz dikurniakan isteri yang bukan saja cantik tapi pandai berdikari. Saban tahun, bakat dan kejayaan Bella Astillah makin menyinar. Berbakat besar dalam industri seni, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah ini pernah membintangi drama Cinta Belum Tamat Tempoh, Perisik Cinta Tak Diundang dan mengeluarkan single pertamanya berjudul Tenang.
Bella yang lahir pada 15 Mac 1994 di Sandakan, Sabah ini sah bergelar isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz pada 9 Disember 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Mohamad Ayden Adrean dan seorang anak perempuan iaitu Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai tahun lepas.