Ibu ayah, pernah tak perasan si manja asyik menggaru punggung waktu malam, susah naik berat badan walau makan banyak, atau kerap sakit perut? Mungkin itu bukan sekadar masalah biasa – ia mungkin tanda anak anda mengalami kecacingan.
Jangkitan cacing dalam kalangan kanak-kanak sering kali dipandang ringan, sedangkan ia sebenarnya boleh memberi kesan serius kepada tumbesaran, perkembangan kognitif dan kesihatan menyeluruh anak. Jangkitan ini lazim berlaku, terutamanya di negara tropika seperti Malaysia, dan lebih kerap menjangkiti kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang aktif bermain di luar dan mungkin kurang menjaga kebersihan diri.