Umum sedia maklum, Khairy Jamaluddin cukup menjaga privasi ahli keluarganya. Enggan kisah keluarga menjadi perhatian ramai akhirnya pada Ahad lalu, Menteri Kesihatan ini buat pertama kali mendedahkan keadaan kesihatan bapa mertuanya yang juga bekas Perdana Menteri Kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tanpa berselindung lagi, Khairy berkata Tun Abdullah kini mengalami penyakit dementia. Ketika berucap merasmikan Konferens Perubatan Psikologi Malaysia 2022 di ibu negara pada Ahad, Ahli Parlimen Rembau itu berkata keadaan Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, telah merosot sehingga ke tahap beliau tidak mengingati orang di sekelilingnya.