PEMBENTANGAN Belanjawan 2026 yang mengangkat tema ‘Memacu Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ dilihat sebagai satu langkah berani dan realistik dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Ia merupakan Belanjawan Madani keempat sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih pentadbiran pada akhir 2022.