PUTRAJAYA – Tiga sektor strategik iaitu industri semikonduktor, peralihan tenaga dan ekonomi Islam akan terus diberi keutamaan dalam Belanjawan Madani 2026 sebagai pemacu kepada daya saing negara.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sektor berpertumbuhan dan bernilai tinggi itu akan disokong melalui langkah-langkah yang berteraskan prinsip tatakelola baik dalam pentadbiran negara.