KUALA LUMPUR – Peruntukan pembangunan tertinggi melebihi RM9.3 bilion yang diterima Kementerian Kerja Raya menerusi Belanjawan 2025 akan digunakan untuk menambah baik kemudahan awam terutamanya bagi penyelenggaraan jalan raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah peruntukan tersebut sebanyak RM2.8 bilion akan disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan dan RM1 bilion untuk membaiki jalan sekunder, jalan Felda, jalan industri dan jalan yang rosak akibat banjir.