KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak akan menerima sebarang gaji manakala menteri dan lantikan politik akan terus membuat pemotongan sebanyak 20 peratus daripada pendapatan mereka.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).