KUALA LUMPUR – Belanjawan 2025 akan merangsang pelaburan tambahan di Malaysia dan membuktikan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh asas ekonomi negara, menurut Alliance Bank Malaysia Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kellee Kam Chee Khiong berkata, belanjawan itu bersifat progresif, yang mempunyai keseimbangan berhemat antara ekonomi, kemampanan, penggunaan pelaburan digital dan kesejahteraan rakyat.