Puasa ‘Asyura’ termasuk dalam puasa-puasa sunat yang digalakkan dan mengandungi ganjaran pahala yang sangat besar. Selain itu, kita juga turut disunatkan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram iaitu sehari sebelumnya berdasarkan kepada isyarat yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam hadith sekalipun Baginda tidak sempat melakukannya kerana telah kembali kepada Allah SWT.
Selain berpuasa sunat pada hari Asyura (10 Muharram) amalan yang digalakkan ialah meluaskan belanja kaum keluarga pada hari berkenaan. Ini berdasarkan hadis: “Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada kaum keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut keseluruhannya.”