SHAH ALAM – Pemergian Tan Sri Zainal Rampak yang meninggal dunia pada pagi Khamis merupakan kehilangan besar buat Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan pekerja di negara ini.
Setiausaha Agung MTCU, Kamarul Baharin Mansor berkata, sepanjang hampir dua dekad menerajui kesatuan ini Allahyarham turut mendapat gelaran ‘Bapa Pekerja Malaysia’ pada 1 Mei 1997 itu banyak memperjuangkan kesejahteraan pekerja di Malaysia.