Bekas pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terbabit tragedi Zara Qairina- “Saya sudah bersara ketika insiden berlaku.” Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Datin Rosnih Nasir tampil memberikan penjelasan berikutan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan tragedi melibatkan kematian pelajar sekolah tersebut, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Rosnih menegaskan bahawa beliau telah bersara dan tidak lagi memegang sebarang jawatan di sekolah berkenaan semasa kejadian itu berlaku.